Kerjaya antarabangsa Heiko Westermann

Westermann bermain untuk Jerman pada tahun 2009.

Westermann membuat debut untuk pasukan kebangsaan Jerman pada Februari 2008 menentang Austria, Jerman menang 3-0. Westermann sebahagian daripada skuad Jerman yang menduduki tempat naib juara di UEFA Euro 2008. Pada 2 Jun 2009, Westermann menjaringkan gol pertamanya untuk Jerman pada perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu, Jerman menang 7-2.

Beliau sebahagian daripada pemilihan skuad Jerman ke Piala Dunia 2010 tetapi dikeluarkan akibat kecederaan yang menimpanya pada perlawanan persahabatan menentang Hungary. Beliau telah bermain sebanyak 27 kali untuk Jerman dan telah menjaringkan empat gol sejak 2008.

Gol antarabangsa

GolTarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1.6 September 2008Vaduz, Liechtenstein Liechtenstein6–06–0Kelayakan Piala Dunia 2010
2.2 Jun 2009Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu Emiriah Arab Bersatu1–07–2Persahabatan
3.7 September 2010Cologne, Jerman Azerbaijan1–06–1Kelayakan Euro 2012
4.2 Jun 2013Washington, Amerika Syarikat Amerika Syarikat1–23–4Persahabatan